Somaliland Pada Tahun 2018

somaliland1

Tahun baru 2018 menyaksikan beberapa fokus berkaitan perkembangan di benua Afrika.

Selain fokus berita mengenai bekas presiden Zimbabwe, kebanyakan media banyak menyasarkan dan menaikkan kembali berita-berita tentang ‘forecast’ Somaliland selepas ini.

Sekitar 70% daripada jumlah poulasi penduduk di Somaliland adalah dari lingkungan umur di bawah 30 tahun, ianya menyaksikan Somaliland merupakan antara ‘negara’ di rantau Afrika yang mempunyai jumlah penduduk muda yang ramai.

Hubungan Somaliland-Ethiopia

Pada tahun 2016, Ethiopia dan Somaliland telah mengadakan Perjanjian Bersama untuk meingkatkan nilai perdagangan melalui Pelabuhan Berbera.

Hasil pelaburan dari Emiriyah Arab Bersatu, Koridor Ekonomi Berbera akan diwujudkan.Pelaburan bernilai USD 200 juta ini akan menyaksikan Ethiopia menggunakan Pelabuhan Berbera sebagai pintu masuk bagi keperluan ekonomi penduduk Ethiopia yang seramai 90 juta orang.

Selain itu, pelan pebangunan kawasan Zon Perdagangan Bebas Antarabangsa akan dibina di Somaliland sebagai Hub Logistik bagi rantau Afrika Timur.

Pelabuhan Berbera , Laut Merah – Terusan Suez dan Djibouti

Saingan terdekat Pelabuhan Berbera adalah dari Djibouti.Sudah tentu pelaburan dari Dubai bakal memberikan saingan kepada nilai ekonomi pada Djibouti.

China telah melabur dalam usaha untuk menguasai laluan ekonomi di Tanduk Afrika dan Laut Merah.Namun, kelebihan yang ada pada Somaliland adalah, dari segi lokasi geografi, Somaliland lebih dekat kepada kuasa ekonomi di Afrika Timur iaitu Ethiopia.

Selain itu, persaingan merebut laluan ekonomi di Laut Merah menyaksikan kuasa besar seperti China (Djibouti), Emiriyah Arab Bersatu (Somaliland) dan Turki (Somalia) sedang rancak berlaku dengan pelaburan menaiktaraf infrastrktur di pelabuhan 3 negara tersebut.

Somaliland sebagai ‘lambang’ kestabilan di Tanduk Afrika?

Setelah pilihanraya Presiden berjaya dilalui oleh Somaliland, ramai pemerhati antarabangsa menyifatkan, pilihanraya ini berlangsung lebih baik daripada Negara Kenya walaupundari segi ‘teknikalnya’, Somaliland bukanlah sebuah Negara.

Oh ya, kita ada cawangan MATRADE di Nairobi (Kenya) sebagai usaha kerajaan untuk menembusi pasaran di Afrika selain di Nigeria memandangkan ada pegawai dari Wisma Putra yang maklumkan bahawa Somaliland adalah tidak selamat untuk dikunjungi.

Dari segi falsafah wujudnya Negara, Somaliland sudah beroperasi dengan sistem kerajaan Negara yang lengkap.Dalam keadaan seperti ini, mereka berjaya mendapatkan pelaburan yang besar dari Dubai.

Masa depan

somaliland2

Menggunakan sudut pandang masa depan, selaku rakyat Malaysia, banyak ruang yang boleh diteroka di Somaliland dari sudut ekonomi dan social.

Isyarat dari Dubai jelas menunjukkan bahawa, Somaliland merupakan lokasi strategik ekonomi di Laut Merah yang tidak dapat disangkal. Ini sudah membuktikan yang Dubai juga sudah tau lokasi pelabuhan mereka tidak akan bertahan lama jika mereka tidak menguasai laluan strategic ini.

Oleh itu, apa salahnya rakyat Malaysia cuba meneroka peluang ekonomi dari perkara asas seperti membuka kedai makan menjual Nasi Kukus Ayam Dara (orang sana gemarkan makanan ini), pendidikan, hospital hinggalah kepada sector tenaga baru, mineral, perumahan mampu milik dan lain-lain.

Nota :

Sumber mineral gypsum antara terbesar di dunia terletak di Somaliland

Rujukan tambahan :

1. https://globalriskinsights.com/2016/02/somaliland-a-country-abandoned-by-the-world/
2. http://www.somalilandpress.com/somalilandministers-resolve-adhering-to-presidents-envisaged-120-days-plan/
3. https://globalriskinsights.com/2018/01/5-africa-stories-watch-2018/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *